Sabtu, 10 Agustus 2013



            "Yang taat jika suami memerintahnya, yang menyenangkan jika suami memandangnya, yang menjaga kehormatan diri suami dan hartanya." (Riwayat an-Nasa'i, Ahmad dan al-Baihaqi)


            Di antara sifat-sifat isteri yang solehah ialah:


1. Tidak melihat dan mencari aib wanita lain, tidak menceritakan keadaan tubuh wanita lain kepada


    suaminya, khuatir jika suaminya tertarik dan ini akan menimbulkan kerosakan. Al-Bukhari berkata:


    "Rasulullali s.a.w. melarang seorang Wanita berada dalam satu selimut dengan wanita lain, agar dia


    tidak menceritakan kepada suaminya."


2. Memakai hijab di hadapan lelaki yang bukan muhramnya, termasuk lelaki buta. Rasulullah s.a.w,


    memerintahkan para wanita berhijab di hadapan orang yang buta dengan bersabda: "Pakailah hijab di


    hadapannya." Mereka berkata: "Wahai Rasulullah, bukankah dia buta?" Baginda bersabda: "Apakah


    kedua mata kamu buta. Bukankah kamu melihatnya?" (Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ahmad.


    Menurut at-Tirmizi, hadis ini Hasan)


3. Berhias, bersolek dan memakai minyak wangi di dalam rumah untuk suaminya. Ini dilakukan agar


    suaminya gembira dan mencegahnya melakukan perkara yang haram. Isteri yang solehah tidak boleh


    keluar rumah dalam keadaan bersolek dan membuat sesuatu yang menarik perhatian lelaki lain.


    Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Allah melaknat lelaki yang seperti wanita (waria) dan


    wanita seperti lelaki. Usirlah mereka dari rumah kamu." (Riwayat al-Bukhari, at-Tirmizi, Ibnu   


    Majah dan Abu Daud).


4. Isteri yang solehah tidak menolak ajakan suaminya di tempat tidur. Rasulullah s.a.w. bersabda yang


    bermaksud: "Jika wanita menjauhi keinginan suaminya di malam hari, maka para malaikat


    melaknatnya sehingga dia kembali." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


5. Dalam keadaan ini, dia bersekutu dengan syaitan. Sedangkan wanita solehah ialah yang bersama


    dengan suaminya untuk menghadapi syaitan. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Jika seorang


    lelaki mengajak isterinya berjimak, maka hendaklah dia memenuinya, sekalipun dia sedang berada


    berhampiran tungku api." (Riwayat at-Tirmizi dan Ahmad)


6. Wanita solehah ialah yang tidak mengutuk dan mengingkari nikmat yang diterima daripada


    suaminya, berdasarkan sabda baginda: "Bersedekahlah kamu, kerana kebanyakan di antara kamu


    akan menjadi kayu bakar Jahanam." Ada seorang wanita yang bertanya: "Wahai Rasulullah,


    mengapa sedemikian?" "Kerana kamu suka mengutuk dan mengingkari suami." (Riwayat al-Bukhari


    dan Muslim).


7. Wanita solehah ialah yang tidak membocorkan rahsia suaminya. Isteri ialah wadah suami dan orang


    yang paling rapat dengannya. Membocorkan rahsia seseorang merupakan sifat tercela, lebih-lebih


    lagi seorang isteri yang membocorkan rahsia suaminya. Perbuatan ini merupakan dosa besar dan


    merbahaya. Kerana itu tatkala ada seorang isteri Nabi s.a.w. yang membocorkan rahsianya, baginda


    bersabda: "Sesungguhnya orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat


    ialah lelaki yang mencampuri isterinya dan wanita yang mencampuri suaminya, kemudian salah


    seorang di antara keduanya membocorkan rahsia yang lainnya." (Riwayat Muslim).


8. Wanita solehah ialah yang tidak berkhalwat dengan lelaki yang bukan mahramnya, sebagaimana ia


    juga dilarang kepada suami yang soleh. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Ingatlah,   


    janganlah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita, kerana yang ketiga ialah syaitan."


    (Riwayat at-Tirmizi, Ahmad, al-Hakim dan Ibnu Hibban)


9. Wanita solehah ialah yang mengetahui bahawa suaminya merupakan seorang pemimpin, berhak


    menyuruh dan melarang dalam rumahnya. Sabda baginda yang bermaksud: "Tidak dibenarkan


    manusia bersujud kepada manusia lain. Andaikan manusia dibenarkan sujud kepada yang lain, maka


    akan aku perintahkan wanita bersujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami ke atas dirinya."


    (Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan al-Haithami)

0 komentar:

Posting Komentar